KATA-KATA ALUAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT setinggi-tinggi terima kasih kepada jawatankuasa Zon Dirham di atas kesempatan yang diberi kepada saya untuk mencatat sepatah dua kata.

Program Amalan 5S merupakan satu program yang diperkenalkan serta telah diamalkan oleh masyarakat Jepun yangSe terdiri daripada Seiri, Seiso, Seiton, Seiketsu dan Shitsuke. Hasil kejayaan dan keberkesanan program ini menyebabkan ianya dipilih untuk diterapkan di dalam pentadbiran awam dalam usaha meningkatkan mutu kerja, kecekapan, kualiti dan motivasi.

Dengan ini saya menyeru dan berharap semua ahli Zon Dirham dapat terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan senantiasa berada di saf paling hadapan untuk memastikan Program Amalan 5S ini dapat direalisasikan dan dipraktikkan sepanjang masa.

InsyaALLAH……..

“PERSEKITARAN KONDUSIF KERJA EFEKTIF”

Sekian. Terima kasih.





BERITA

IPOH, 23 September 2011 : TAHNIAH diucapkan kepada warga kerja Pejabat Kewangan Negeri Perak yang telah menerima pensijilan MS ISO 9001:2008. Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 23 September 2011 di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Y.B. Dato' Mohd. Gazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak telah menerima Sijil MS ISO 9001:2008 pada masjlis tersebut.

Diharapkan pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen warga kerja Pejabat Kewangan Negeri dalam memperkasakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Drama Pendek......AL-KISAHNYA.......

IMAGE-1 IMAGE-2 IMAGE-3 IMAGE-4 IMAGE-5

ADAKAH PERLU PROGRAM 5S DIADAPTASI DI DALAM AGENSI KERAJAAN?

CARI